Selasa, Februari 23, 2010

Adakah Persahabatan Antara Lelaki & Perempuan?

Apa khabar saudara saudari sekalian?
Semoga Allah Ta'ala merahmati kalian semua..
Hari ini..alhamdulillah, Allah Ta'ala telah memberi ilham tuk
meluahkan..
Meluahkan tentang fikiran dan persoalan-persoalan sebelum ni..
Yang akhirnya menyimpul satu jawapan dan pandangan sendiri..
Adakah persahabatan antara seorang ikhwah dan seorang akhowat ajnabi
dalam Islam?
Nah! Inilah persoalan yang saban hari merungkai dan mendesak akal
tuk memikirkan jawapannya..menghambat laku tuk mencari kebenaran dalam
Kalamullah..

Adakah persahabatan ini? Hm..benar dulu,ana hanya punya seorang
teman dalam kalangan ikhwah di sekolah ana..
Hanya seorang,yang rapat dengan ana..sehinggalah ana berpindah
ke sekolah teknik ERT setapak..
Dan? setelah itu..persahabatan ana dan lelaki-lelaki yang asing telah
tiada terjalin..
Tapi,keseronokan seperti teman-teman yang lain kala usia masih muda
dan akal masih mentah memikirkan,akhirnya ana join pula laman web sosial..
ah,ternyata ramai juga yang menjadi kawan ana..terutama dikalangan ikhwah..

Persoalan masih tidak terjawab bahawa adakah persahabatan ini dalam
Islam? Ana hanya tahu setelah banyak program motivasi yang menjelaskan
dan mengingatkan tentang larangan berkawan dengan ikhwah ajnabi ini..
Benar,beza berkawan dengan ikhwah berbanding sejantina tapi,
hati ana tak tenang kerna kawan-kawan ikhwah ini telah pun
melanggar satu garisan halus antara persahabatan dan percintaan..!

Salah siapa jika bukan ana sendiri? Sendiri membiarkan diri mudah
melayan kawan-kawan ikhwah sebagaimana ana melayan kawan-kawan
di kalangan akhowat..
Ternyata firasat..dan dari buku-buku ilmiah tertentu,menyatakan bahawa
lebih baik berkawan dengan akhowat sahaja..
Ia bukan saja lebih baik,malahan hati akan terjaga dari penyakit hati..
Penyakit yang didatangkan dari bisikan syaitan yang cuba memainkan
peranan antara ikhwah dan akhowat yang asing tadi..
Mendekatkan diri dengan fitnah sekalipun tidak berjumpa..
Sekalipun hanya atas dasar persahabatan..

Ajnabi tetap ajnabi..
Asing tetap asing..
Pernah ana bertanya pada seorang sahabat ikhwah ana,
adakah persahabatan antara ikhwah dan akhowat
ajnabi dalam Islam?
Beliau tidak menjawab sepenuhnya..cuma bertanya sebab dan
setelah ana berkias-kias..ana persoalkan adakah salah andai ana tak membalas
pesanan ringkas dari seorang sahabat ikhwah yang bertanya khabar?
Sebab ana mula merasakan bahawa ana perlu menjauhkan diri ana dari sahabat
ikhwah ana..
Serasa tingkah ana tak kena..sekalipun atas nama persahabatan..
Tapi,benar..beliau pun merasakan andai setakat bertanya khabar,
tidak perlulah dilayan..

Terus? Ana bangkitkan perumpamaan..
Jika seorang ikhwah yang menikah,pada hari pernikahannya andai dia
menjemput sahabat akhowatnya yang asing tadi..bukankah ia akan
mengundang fitnah hati dan tak menyenangkan terhadap si akhowat
dan si ikhwah tersebut? Malahan,tak mustahil persahabatan
yang terjalin selama ini tak membuahkan sedikit perasaan asing..
Dan..beliau membenarkan kata-kata ana..
Rasanya persoalan ana telah mengingatkan dirinya jua,yang jauh
lebih 'arif tentang ilmu agama berbanding ana yang ilmunya hanya
setitis embun di hujung dedaunan..

Jalan terakhir ana hanya mampu mengingatkan sahabat ikhwah tadi
agar selepas itu,biarlah doa ana sahaja mengiringi kehidupannya
dan ana berharap agar selepas saat itu,pesanan ringkas ana
biarlah hanya buat ikhwah yang halal bagi ana iaitu suami
ana dan biarlah pesanan ringkas akhowat yang layak baginya
adalah insan yang terpilih dari rusuknya iaitu seorang insan
bergelar isteri.

Dan...itulah mesej terakhir ana dan sahabat ikhwah ana tadi..
Setelah itu,semacam ujian pula..sekian lama tidak bertanya khabar
pada sahabat ikhwah ana..[entah,semenjak penghijrahan ana,alhamdulillah..
banyak perubahan dan semestinya salah satunya pergaulan ana
dengan sahabat ajnabi telah pun semacam lost connection!]
Seorang dan seorang sahabat ikhwah ana bertanya khabar dan mempersoalkan
tentang kenapa ana semacam lupa pada persahabatan yang terjalin?

Entahlah..memang ana tak sedap hati..
Payah rupanya menjelaskan bahawa dalam Islam rasanya ternyata tiada
penetapan tentang persahabatan antara lelaki dan perempuan..
Telah dinyatakan dalam Surah An-Nur tentang pentingnya
menjaga pandangan dan kehormatan diri..
apatah lagi title persahabatan itu tak sekali-kali membataskan itu semua..
maka?sebaiknya seorang ikhwah berkawan dan bergaul sesamanya begitu jua
akhowat..

Tapi ana akui,ana bukan jenis yang mudah tetapi ternyata
insan yang dianggap boleh menjadi teman baik ana kebanyakannya
adalah insan yang akan melanggar garisan halus tadi..
Sedangkan couple itu haram,maka? bukankah persahabatan itu..
andai tidak terjaga akan jua jadi haram?
Entahlah..mungkin ana terlalu jahil meletakkan hukum..
tapi,bukankah seperti saranan seorang hamba Allah dalam buku nukilannya..
lebih baik berkawan dengan akhowat yang solehah sahaja..
itu lebih menjaga hatinya..
jauh lebih baik..
dan pasti pintu bagi fitnah tidakkan terbuka langsung!

Sebaiknya pergaulan itu dijaga..
Jalannya adalah pada diri sendiri..
Dikesempatan ini,ana ingin mohon seribu kemaafan pada semua sahabat
ikhwah ana..
Maaf bukan ana sombong,bukan jua telah terlupakan..
Cuma,ana merasakan adalah lebih baik persahabatan antara kita ini..
Persahabatan antara insan asing ini tidak berlaku lagi..
Tidak sekaligus berterusan..
Teruskanlah perjuangan kalian..doa ana tetap ada tuk kalian..
InsyaAllah,setiap ilmu yang dikongsikan pada ana..
Hanya Allah dapa membalasnya..

Ternyata tiada persahabatan antara ajnabi dalam Islam,
melainkan faktor-faktor seperti belajar di dalam kelas..
menuntut ilmu,berjual beli dll.
mari renungkan ayat kalamullah ini;

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
[ Ar-Rum ; 21 ]

Ternyata,yang ada hanyalah pernikahan..
Bersamalah memikirkan apa yang terbaik pada diri..
Selamat beramal..

P/s: Ini hanyalah pandangan ana yang hina,sebaiknya jika thread
dari iLUVislam ini dibaca untuk lebih pemahaman antum semua.


Sumber: http://cintahakikicintailahi.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Setelah meneliti thread ni berhari2 maka terdetiklah hati ini utk sama2 berkongsi pendapat

    Sbnrnya utk bincang perkara ni banyak persoalan yg perlu di tanya.. Berkawan tu mcmn?? Berkawan dgn erti kata bercinta ke?? berkawan sbb satu kelas atau satu kuliah dgn kita ke?? berkawan sbb dia jiran kita ke?? atau yg mcmn??

    Secara asasnya pergaulan antara lelaki dgn wanita amat dibatasi oleh Islam demi menjaga kebaikan kedua belah pihak.. namun keterbatasan itu boleh dilangkaui jika ada tujuan2 yg dibolehkan oleh syara' spt belajar dgn guru perempuan bg lelaki dan belajar dgn lelaki bg guru perempuan atau berlaku dalam proses jual beli atau sbgnya..

    Ikatan kawan antara lelaki dgn perempuan tu atas dasar apa?? atas dasar nafsu ke?? eh taklah sbb org laki ni lebih memahami.. orang perempuan ni lebih caring.. agak2 takde unsur nafsu ke kat sana??

    Kenapa kita tak jadikan ahli keluarga kita yg lelaki bg perempuan sbg kawan baik?? saya xde adik lelaki.. saya xde abg.. dah ayah kamu bukan lelaki ke??knp?? adakah kawan lebih memahami drpd ayah kita??ya, ayah saya xmemahami saya.. TIDAK sbnrnya keluarga kita adalah org2 yg plg memahami kita lbh2 lg ibu dan bapa kerana merekalah yg membesarkan kita.. kawan2 ni br je ada lepas kita dah boleh berjalan sendiri, makan sendiri, cari duit sendiri.. sblm ni sape kawan kita?? tempat kita menangis.. sape yg suapkan mkn kita dan menjaga kita..

    Bagi lelaki begitu juga.. ibu kita kan ada.. dialah yg patut kita tahtakan di hati lebih dr isteri kita.. sbb mati isteri kita boleh cr ganti tp mati ibu, mana kita nak cari??

    Bagi isteri,, suami dialah kawan baik dia dan begitu jg bagi suami isterilah tempat dia berkongsi suka dan duka.. Allah telah menyediakn satu ikatan yg suci kenapa harus kita pilih ikatan yg boleh menggelincirkan kita ke jln yg tdk diredhaiNya..

    Keluarga dan hubungan perkahwinan adalah ikatan yg diharuskan oleh Allah bagi insan yg bernama Adam dan Hawa..

    Tepuk Dada Tanya Iman.. Jgn tanya aiman nanti dia jawab lain..grin

    BalasPadam